Sunday, October 14

KEK MALTRESE SQUARE


Assalamualaikum..

Selamat tengahari.. Tengahari biasa orang duk tayang makanan untuk lunch.. Tetiba Zue lak nak tayang kek.. Motif?... Sajer jer.. Dah buat masih lagi tak tayang-tayang.. Duk simpan jer..bukan leh beranak pun.. ^__0

Biasa duk makan kek batik biskut marie. Kali ni guna resepi yang sama tapi tambah coklat maltrese. First time dapat tau coklat maltrese ni orang guna buat kek. Tapi manisnyer... melekat kat tekak ler.. Kena makan skit-skit jer tau.. dan sulam ngan air masak. Tapi yang suka manis tu memang tak leh kater apa lah... ^__^

Resepi ni di copy paste dari umah masterchef alam maya kita.. Kak Azlita Masam Manis.

MALTESERS SQUARE

Copy paste : Azlita Masam Manis

Bahannya:

100 gm butter
3 sudu besar golden syrup - sila kurangkan - kalau tak ada boleh gantikan dgn madu
225 gm Digestive biskut - di kisar halus - zue guna biskut marie
225 gm Maltersers

Untuk Hiasan
100 gm maltersers
50 gm coklat masakan putih 
50 gm coklat masakan

Caranya:
  • Kisarkan biskut hingga halus.
  • Sediakan loyang berukuran 8'', gris loyang dengan sedikit butter dan alas dasar dan sisi loyang dengan kertas minyak. Sebelah pun tak pe ini untuk memudahkan kita mengeluarkan ia dari loyang.
  • Dalam periuk kecil, satukan coklat, butter dan golden syrup dan masak atas api perlahan hingga semuanya larut.
  • Matikan api
  • Masukkan biskut yang telah dikisar dan gaul hinga rata.
  • Kemudian masukkan Maltersers dan kacau cepat supaya coklat pada maltersers tidak cair.
  • Untuk mengelakkan maltersers cepat cair. Maltersers tu dimasukan dalam peti ais bila nak masuk dalam adunan barulah dikeluarkan dari peti ais dan terus masukkan. 
  • Tuangkan dalam loyang
  • Taburkan atasnya dengan Maltersers hiasan dan simpan dalam peti ais hinga beku.
  • Bila dah beku, Keluarkan dari loyang hiaskan dengan coklat masakan yang telah di cairkan.
  • Potong kecil dan siap untuk di hidangkan.
Nak potong agak susah skit sebab ia sedikit keras mungkin lama di peti ais. Kena tunggu  dulu baru dapat potongan yang cantik. Kalau tak ia crack..

Saturday, October 13

CUCUR KOBIS


Assalamualaikum...

Hujan kat luar sana. Bestnyer kalau sambung tido. Isshhh... tak boleh.. kena buat bekpas untuk en somi ngan anak-anak.. Tapi.. mata still lagi kuyu.. tarik selimut best ni.. Tetiba si kecik kejutkan suruh buat susu sebab lapar.. Ermm.. Sian anak mama.. terus jer turun bersilat kat dapur.. Menu apa yer nak buat.. Ermm semalam sembang ngan neber sebelah dia bagi satu resepi cucur sayur. Selama ni duk kenal ngan cucur udang dan cucur jagung..cucur bilis.. Tetiba ader pulak cucur sayur kobis ni.. menarik jugak.. Buat jerlah...
CUCUR KOBIS

Bahannya:

kobis
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup
Sedikit carot
1 biji telur
Sedikit tepung gandum (jangan banyak agak-agak untuk lekatkan sayur antara satu sama lain jer)
Sedikit air
Garam secukup rasa

Caranya:
  • Potong sayur ikut kesesuaian
  • Pecahkan telur dan gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  • Masukkan tepung gandum sedikit
  • Kemudian tuangkan air sedikit saja bagi melekat.
  • Goreng seperti biasa.
Yang bestnyer cicah ngan sos cili Thai... Yummmyyyy...

Friday, October 12

KARIPAP PUSING step by step


Assalamualaikum...

Selamat Pagi. Pagi ni Zue bekpas ngan karipap pusing. Dah lama teringin nak memusingkan karipap ni.. tapi tak sampai seru. Hari 'tetiba' jer malas gi kerja. Terus ambil EL. Keja gomen katakan... Lagipun cuti banyak lagi so habiskan apa yang patut dihabiskan pastu nganga lah.. heheheee...

Bila dah hobi membaking dan mengukis ni datang memang dah tak leh buat menda. Terus je semangat tu datang bertalu-talu. Tapi kalau malas tu.. Ya ampun.. tuhan jer yang tau..

Hari ni Zue nak share resepi karipap pusing. 

KARIPAP PUSING

Bahan2 untuk inti:


300gm isi ayam - dipotong kecil (guna mince beef/chicken pun boleh ikut selera masing2)


3 biji ubi keledek - dipotong dadu
2 sudu besar serbuk rempah kari ayam - dibancuhkan dengan sedikit air supaya menjadi paste
1 cawan air
garam dan gula secukup rasa
sedikit daun sup - diracik

Bahan2 tumis:
1 ulas bawang putih - dihiris halus
3 ulas bawang merah - dihiris halus
sedikit minyak untuk menumis

caranya:
  • Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi
  • Masukkan rempah kari, isi ayam dan kacau rata
  • Kemudian masukkan ubi kentang, air, garam dan gula secukup rasa sambil dikacau lagi
  • Masak sehingga ubi kentang menjadi lembut dan kuah menjadi pekat dan kering
  • Angkat dan biarkan sejuk
Bahan-bahan untuk doh:

Bahan2 doh berminyak:

300gm tepung gandum
secubit garam
1/4 cawan minyak masak
1/2 - 3/4 cawan air

Caranya: 

  • Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan dan campurkan garam ke dalamnya sambil digaulkan sebati2. 
  • Buatkan lubang ditengah2 tepung tadi dan curahkan minyak masak dan gaulkan sehingga sebati 
  • Setelah itu tuangkan air sedikit demi sedikit sambil diuli tepung sehingga tidak melekat di tangan
  • Bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan kemudian bahagikan doh kepada 5 bahagian
  • Setiap bahagian ditimbang seberat 90-95gm dan bentukkan menjadi bulat
  • Ketepikan 
Bahan untuk doh marjerin:

150gm tepung gandum
100gm marjerin

caranya: 
  • Masukkan tepung ke dalam mangkuk adunan2. 
  • Kemudian masukkan marjerin sedikit demi sedikit sehingga habis sambil diuli sehingga tidak melekat di tangan
  • Bentukkan doh menjadi bulat yang besar dan kemudian bahagikan doh kepada 5 bahagian (doh marjerin hendaklah sama banyaknya dengan doh berminyak)
  • Setiap bahagian ditimbang seberat 45-50gm dan bentukkan semula menjadi bulat5. 
  • ketepikan 

Cara untuk membuat kulit karipap 
(Rujuk pic 1 sehingga 14)

  • Ambil sebiji doh berminyak dan bentukkan menjadi leper
  • Kemudian ambil sebiji doh marjerin dan letakkan ke atas doh berminyak tadi dan tutupkan - rujuk pic 3. 
  • Setelah itu bentukkan menjadi bulat - rujuk pic 4. lakukan sehingga habis.
  • Ambil sebiji doh tadi dan canaikan - rujuk pic 5
  • Kemudian gulungkan seperti swiss roll - rujuk pic 6
  • Canaikan lagi doh tadi menjadi panjang - rujuk pic 7
  • Gulungkan doh yang panjang tadi - rujuk pic 8
  • Potongkan doh yang digulung tadi setebal 1cm - rujuk pic 9
  • Dan lakukan proses ini sehingga habis
  • Ambil sekeping doh tadi dan canaikan - rujuk pic 10
  • Isikan inti dan klimkan doh atau gunakan acuan karipap. - rujuk pic 11 ( jika suka bolehlah letakkan sepotong kecil telur rebus bersama2 dengan inti)
  • Lakukan sehingga habis dan gorengkan sehingga garing dan keperangan
  • Lebihan karipap bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara dan simpan di dalam fridge

Sunday, October 7

PUDING MANGGA DAN STRAWBERRY CHEF ANUAR DALAM MASTERCHEF


Assalamuaikum..

Selamat petang yang cuaca agak panas... Petang-petang gini kan best kalau pekena dessert yang menyejukkan tekak..

Hari tu tengok dalam satu episod MASTERCHEF yang chef Anuar bertanding dengan sorang peserta masterchef si Adly. Teringin betul nak buat resepi tu pastu bila tengok dalam fb masterchef dah diuploadkan resepinyer terus zue buat. 

Bila baca dalam fb masterchef ramai orang kondem chef anuar mengajar Adly semasa proses membuat puding mangga dan strawberry ni... Actually itu adalah cara chef tersebut mengajar orang sebab zue sendiri pernah pergi kursus membuat kek anjuran opis bersama chef Anuar. Cara dia mengajar memang cakap cepat kalau tak faham sendiri tanyalah.. sebab dia tak kedekut ilmu.
Nak buat puding mangga dan strawberry ni agak rumit skit sebab takut ia terlembik macam Adly buat ari tu. Kesian sampai melepek atas pinggan langsung tak keras. Alhamdulillah Zue buat agak keras dan cantek cuma adalah skit yang tercedera mungkin cara zue terbalikkan puding ke dalam pinggan tu yang menyebabkan ia sedikit tak cantek. Walau macamana sekali pun ia amat sedap rasa macam triffle ala-ala cheese gitu..

Memandangkan adunan strawberrynya terlebih so zue letakkan dalam cawan dan hias mengikut kreativiti zue sendiri.


PUDING MANGGA DAN STRAWBERRY

DARIPADA: CHEF ANUAR (MASTERCHEF)
zue@ tarabozu2@blogspot.com

Resepinya:

(A) KEK GULUNG STRAWBERRY

3 biji telur
2 biji telur kuning 
100gm gula castor
100gm tepung gandum
1 sb ovellet
1 sb susu tepung
50gm mentega cair
200gm Jem Strawberry

Caranya:
  • Pukul kesemua bahan kecuali mentega cair dan jem strawberry dengan kelajuan tinggi sehingga pekat dan gebu
  • Perlahankan putaran dan masukkan mentega cair dan kacau sehingga sebati.
  • Masukkan adunan ke dalam dulang pembakar yang di alas dengan kertas kalis minyak
  • Bakar dengan suhu 190c selama 10 minit dan sehingga masak.
  • Sedia disapu jem ke atas permukaan kek dan sedia digulung.


Bahan (B)

isian mangga dan strawberry



250 ml susu segar
120gm gula kastor
50gm telur 
35gm tepung kastad
50ml susu segar
10gm serbuk gelatin halal
450gm whipping cream
30ml air
1/2 biji buah mangga (diblend dan diambil jusnya)
6 biji buah strawberry (diblend dan diambil jusnya)

Caranya:
  • Larutkan gelatin dengan 30ml air dan biarkan seketika
  • Didihkan 250ml susu segar dengan gula kastor. Perlahankan api.
  • Dalam bekas lain, campurkan telur,kuning telur, tepung kastad dengan 50mlm susu segar dan kacau.
  • Tuang ke dalam adunan susu tadi dan kacau sehingga pekat dan mendidih. Matikan api.
  • Larutkan gelatin dengan air dan biarkan selama 2 minit (larutan gelatin akan jadi keras). Cairkan semula dengan akedah double boiler dan masukkan ke dalam adunan di atas.
  • Biarkan adunan suam sebelum dicampurkan dengan krim putar.
  • Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian di campur dengan jus mangga dan satu lagi dicampur dengan jus strawberry.


Penyudah (C)
  • Potong nipis kek gulung dan susun dalam acuan separa bulat
  • Masukkan adunan puding berperisa mangga memenuhi separuh acuan. Keraskan seketika didalam peti sejuk beku.
  • Masukkan puding berperisa strawberry memenuhi acuan dan tutup dengan lapisan kek gulung.
  • Keraskan dalam peti sejuk beku sehingga keras.
Actually di dalam masterchef punya fb banyak lagi hiasan yang di letak atas puding tersebut tapi Zue membuat mengikut kreativiti zue sendiri so zue tak lah guna hiasan coklat, aprikot glaze dan kraf gula. So sesiapa yang nak ikut betul-betul resepinya boleh rujuk di sini. 

Wednesday, September 26

NASI MAQLUBAH (TERBALIK)


Assalamualaikum...

Pagi ni nak ajak uols menjelajah ke negara Timur Tengah. Even zue still lagi tak sampai ke negara Arab ni tapi pernah jugak makan makanan dari sana...especially NASI MUQALABAH atau lebih dikenali dengan nasi terbalik. 

Actually  zue berkenalan ngan nasi muqalabah ni dirumah mak sedara yang kebetulan dihidangkan untuk family semperna hari raya Aidilfitri.  Bila dah rasa sedap terus jatuh cinta nak buatnyer. Pastu ari sabtu lepas tiba-tiba seru nak memasak datang terus jer try buat.  
Dalam banyak-banyak resepi yang di godek dalam mr google ni terjumpalah resepi yang betul-betul ori dari negara Arab.

NASI MAQLUBAH

Sumber: Iresepi

Bahannya:


3 gelas beras Basmati atau beras Thailand Sunwhite. 

1 peket syairiyyah (vermicelli) ~ (tak letak) 

1 biji terung besar (bazinjan) 

1 ketul kentang besar 

1 bunga kobis (zahri) 

3 biji lemon (potong) 

1 biji bawang besar(potong dadu) 

1 batang kayu manis. 

Air Rempah (baharat). 

2 sudu besar serbuk kunyit (kurkum/usfur) 

2 sudu besar rempah campuran (baharat musyakkal) 

2 sudu besar serbuk cumin (jintan) (kammon) 

2 sudu besar rempah kabsah 

2 sudu besar rempah kari 
2 sudu besar rempah lada putih 
2 sudu besar serbuk halia (zanjabil)
***kalau tidak ada rempah di atas, masukkan rempah-rempah yang anda ada. 

Caranya:

BAHAGIAN (A) 
  • Basuhkan beras. Rendam beras selama 20 minit. 
  • Bersihkan ayam dan potong 8 bahagian (mengikut kesesuaian) 
  • Rendam ayam selama setengah jam dalam perahan lemon dan sedikit air. 
  • Sementara itu panas air setengah periuk besar. 
  • Setelah air menggelegak, masukkan ayam yang telah direndam dengan lemon tadi.  
  • Masukkan 1 sudu besar setiap rempah-rempah di atas. 
  • Masukkan bawang besar yang telah dipotong dadu sebatang kayu manis. 
  • Rebus ayam tersebut hingga masak. 
BAHAGIAN B
  • Kupaskan kulit terung.
  • Potong terung anggaran 1/2 inci tebal. 
  • Terung direndam dengan sedikit garam (supaya apabila digoreng, terung tidak menyerap banyak minyak) 
  • Kupas kentang. Potong kentang 1/2 inci tebal 6. Potong bunga kobis.  
  • Panaskan minyak. 
  • Goreng terung sehingga kekuningan dan angkat. 
  • Goreng kentang sehingga kekuningan dan angkat. 
  • Goreng bunga kobis hingga kekuningan dan angkat. 
  • Goreng syaiiriyyah hingga garing dan angkat. 


BAHAGIAN C

  • Beras ditoskan dan letakkan dalam besen.  
  • Gaul beras denga sedikit garam. 
  • Masukkan satu sudu besar setiap rempah dan gaulkan dengan beras. 
  • Masukkan syairiyyah dan gaulkan bersama beras. 
  • Biarkan seketika. 
  • Sediakan periuk di atas api. 
  • Masukkan 1/4 campuran beras di atas. 
  • Masukkan ayam (dari sup) 
  • Masukkan 1/4 beras di atas. 
  • Masukkan terung goreng. 
  • Masukkan1/4 beras. 
  • Masukkan kentang goreng. 
  • Masukkan 1/4 beras. 
  • Masukkan bunga kobis goreng. 
  • Akhir sekali masukkan sup ayam yang telah ditapis. 
  • Kalau sup ayam tidak cukup, tambah air panas sehingga air mencecah 1 inci (2 jari) atau lebih sikit dari paras beras dan campuran. (jangan tambah air sejuk.)
  • Masak di atas api sederhana atau di dalam rice cooker. 
  • Selepas masak semuanya nasi tadi, perlulah ditelangkupkan periuk tadi didalam bekas atau talam yang bersesuaian, ini kerana bersempena dengan nama maqlubah yaitu diterbalikkan atau ditelangupkan. Tapi ianya adalah adat bagi masyarakat arab untuk dihidang dan dijamah beramai-ramai. 
Di sebabkan NASI MAQLUBAH tiada kuah sebab lauk dah dimasakkan sekali dengan nasi so Zue mixkan dengan kuah dalca dan acar.

DALCA

Sumber: Potret Kasih

Bahannya:

300 g isi ayam atau daging ( dipotong kecil)
4-5 biji kentang ( potong 4-6 bahagian)

2 batang terung panjang ( potong kecik)

6 batang kacang panjang ( potong memanjang 1 inci)

1 batang karot ( potong memanjang)

2 cawan santan pekat

air secukupnya ( anggaran 4-5 cawan air )

1 cawan kacang dhal ( rendam dan rebus hingga empuk)

1 labu bawang besar ( di tumbuk)

3 ulas bawang putih ( ditumbuk)

1 inci halia (ditumbuk)

1 batang kayu manis

2 kuntum bunga lawang

3 biji buah pelaga

3 biji bunga cengkih
3 sudu besar serbuk kari
daun kari secukupnya ( bancuh dengan sedikit air)
daun ketumbar
minyak untuk menumis
garam, perasa


Caranya:


  • Tumis  daun kari,bahan tumbuk, bunga cengkih, kayu manis, pelaga dan bunga lawang hingga wangi kemudian masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air.
  • Masukkan daging/isi ayam dan kentang, masak hingga kecut dan empuk .
  • Kemudian  masukkan air, santan, dhal, sayur-sayuran. Bila sayur sudah masak,  sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.
  • Taburkan dengan bawang goreng dan daun ketumbar.

Saturday, September 22

BUNGA ROS DARIPADA COKLAT GANACHE

Assalamualaikum...

Dah dua minggu tak up date blog sebab kesibukan melanda dengan tugas harian bercampur pulak dengan line tenet slow cam siput.. Last2 zue putus angin nak upload... Kebetulan petang ni line ok jugak terus jer masuk entry yang dibuat minggu lepas.

Kebetulan minggu lepas member order kek coklat untuk besday adiknya. Dia mintak buat bunga ros daripada coklat ganache.. Ermmm... camtu yer.. tak pernah buat tapi elok jugak dicuba. So godek-godek dalam mr google jumpalah resepi ni...


ROS DARIPADA COKLAT GANACHE

Sumber: zachoe  

Bahannya:

120gm coklat masakan (Dark coklat)
100gm fresh cream/whipping cream (Zue guna jenama pride)

Caranya:
  • Masukkan coklat yang dihiris nipis dalam bekas tahan panas dan masukkan bersama whipping cream
  • Cairkan coklat bersama whipping cream secara double boiler (dalam bekas berisi air yang mendidih)
  • Tutup api dan kacau sehingga sebati.


  • Sejukkan pada suhu paling kurang 1 jam atau semalaman. Tutup bekas dengan cling wrap dan simpan dalam peti ais paling kurang 3 jam atau semalaman.
  • Keluarkan dari peti sejuk dan dengan guna speed sederhana putar ganache dari coklat gelap kepada coklat cair.
  • Boleh terus guna atau simpan dalam peti ais (freezer). Tahan lebih daripada sebulan.
  • Kalau ganache mula cair masa piping, simpan sekejap dalam peti ais untuk mengeraskan.
  • Sebaiknya buat ganache sehari sebelum melepa kek. Sebab ganache akan lebih likat bila berada dalam peti ais semalaman.



INFO TAMBAHAN:

 Ganache pada keadaan cecair begini boleh digunakan untuk dituang atas kek yang telah disapu dengan fresh cream atau buttercream. Tunggu dia suam sedikit baru dituang atas kek. Adunan boleh digandakan untuk kek 1kg (saiz 8" ke atas). Untuk ganache yang lebih licin dan berkilat, boleh tambah 1 sudu butter. 

Thursday, September 6

FRUITS CUSTAD TART

Assalamualaikum...

Ermm... pagi yang tak sibuk di opis ni sempat lagi mengupload blog. Almaklum mood untuk bekerja still lagi kureng, cuti lama katernyer.. so sekarang tengah cari balik mood ni. Atleast mood kena tunggu sebulan abis bulan syawal baru ok kut... huhuu... Alasan ni..

Jom kita jenguk resepi yang zue nak share hari ni...FRUITS CUSTARD TAT. Actually resepi ni adalah resepi yang dah banyak kali zue guna untuk buat fruits  tat. Resepi lain kureng berkenan sebab ader je yang tak puas hati. Thanks kak Azlita yang sharekan resepi ni.. 
Tart Crust / Shell

Resepi : Azita Kitchen 

Bahannya:
170gm butter
50gm gula aising 
1 biji telur Gred C 
290gm tepung gandum 
1 sudu kecil esen vanilla 
Caranya:
  • Pukul marjerin/butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat. 
  • Masukkan telur dan esen vanilla. 
  • Putar lagi dengan senduk kayu. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. 
  • Uli hingga menjadi doh yang lembut. 
  • Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.
  • Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. 
  • Bakar pada suhu 170'C sehingga masak.(bakar lebih kurang 20 - 24 minit) 
  • Biar sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara sebelum digunakan (Utk mendapatkan doh yg baik, masukkan doh di dlm plastik bag dan simpan di dlm peti ais semalaman 


Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat. 


KRIM KASTARD 

Resepi:Kak Ida 1001 Resepi
Sumber : DTS, CMG

Bahan KASTARD:

1 1/3 cawan susu rendah lemak 
2 camca besar tepung kastard (bird custard)
1 camca teh esen vanilla

Caranya: 

  • Satukan semua bahan2 untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla, dalam periuk. 
  • Kacau rata dengan whisk, kemudian jerang dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga pekat. 
  • Matikan api, masukkan esen vanilla dan mentega, kacau rata dan tutup periuk dengan tudungnya. Ini mengelakkan custard berkepala pada permukaanya



TOPPING BUAH:

*Boleh guna buah segar ( dipotong kecil2)/buahan dlm tin

CARA HIAS FRUITS CUSTARD TART

    Untuk lebih senang, masukkan cream kastard ke dlm piping bag yg diletak noozle

Ambil tart shell/crust tadi, paipkan kastard secukupnya. (ada juga resepi yg letak coklat cair pd dasar tart shell sebelum dipaipkan kastard) Susun buah-buahan dan simpan di dalam peti, biar sejuk lebih sedap sebelum dihidangkan
 

Designed By Izza sakura