Monday, June 23

PERADUAN MAJALAH AIR TANGAN ZUHAIDA KINI BERMULA

   
Uols nak tak majalah AIR TANGAN ZUHAIDA secara percuma tak? Kalau nak jom sertai peraduan dan jawab soalan-soalan berikut bersama slogan yang di sediakan secara kreatif. 
Saya mencari 5 orang untuk mendapat buku ini secara percuma.

  1. Merupakan follower bagi blog YUMMY YUMMY DELICIOUS dan blog ACI ACI BUKA PINTU, FB Zuhaida El Razak dan IG.
  2. Tinggalkan nama anda pada ruangan Jom Berchat pada blog tersebut.
  3. Jawab soalan-soalan berikut:
  • Pada tahun berapakah ZUHAIDA mula berblogging?
  • Ada berapa blog yang ZUHAIDA ada?
  • Namakan blog-blog tersebut.
  • Berikan nama tajuk majalah yang diterbitkan untuk blog ZUHAIDA?

Jawab slogan  YA SAYA INGIN MEMILIKI MAJALAH AIR TANGAN ZUHAIDA KERANA..... (tidak lebih daripada 15 patah perkataan)
Jawapan perlu di emailkan pada tarabozu@yahoo.com.my sebelum 24 Julai 2014 Jam 12 malam. 

Pemilihan berdasarkan slogan yang kreatif.

Saturday, June 21

ROTI CHEESE NAN / ROTI TEMPAYAN




Assalamualaikum...

Selamat Malam. Cuaca yang sangat panas ketika ini menyebabkan nak buat apa-apa pun malas. Rasa badan pun kurang sihat. Kalau balik kerja tu, lepas magrib terus rasa nak tidur Itu punca yang malas nak up date. Line internet pulak asyik terganggu jer. Malam ni agak free untuk Zue share resepi yang Zue buat semalam.

Semalam sembang dengan group whatsupp geng U dulu. Sorang member share dia buat Roti Nan. Selama ni tak terpikir pulak Roti Nan tak perlu masak dalam tempayan bagai. Rupa-rupanya agak mudah untuk masak dalam kuali Non Stik. Lagi satu petua untuk bagi roti gebu Zue akan uli dalam sejam atau sejam lebih. Biasa Zue akan tengok drama tv sambil uli. Ralit ngan drama so tak terasa tangan lenguh untuk menguli dan hasilnya sama dengan pakai BM.




Resepi untuk Roti Nan atau Roti Tempayan di Zue buat 2 versi iaitu berunsur cheese dan tak de cheese. Yang berunsur cheese lagi sedap berbanding dengan yang biasa. Lagi satu, untuk pastikan Roti Nan menjadi, ia akan naik mengelembung semasa membakar dan kalau tak gelembung maknanya ia kureng menjadi.



Roti Cheese Nan

375 gram tepung gandum
125 gram tepung naik sendiri
125 ml plain yogurt
1 sudu kecil serbuk yeast
250 ml air suam
1 sudu besar butter / marjerin / minyak masak
1 sudu besar gula
sedikit garam

Bahan Toping/Inti :

50 gram cheddar cheese / cheesedale


Caranya :


  • Rendam terlebih dulu yis di dalam air suam, tunggu sehingga timbul / berbuih. 
  • Sementara itu campurkan tepung gandum, tepung naik sendiri, gula garam dan butter dan digaul rata. 
  • Masukkan yeast dan yogurt, uli sehingga sebati masukkan air sedikit demi sedikit. 
  • Uli sehingga adunan agak lembut, dan bulat2kan untuk di peram seketika ( sampai kembang dan gebu).

  • Canai leper taburkan cheese atau letakkan cheesedale dan kemaskan utk elakkan cheese terkeluar. 
  • Bakar dlm kuali tanpa minyak dengan api kecik.


Saturday, June 14

NAK BUKU RESEPI AIR TANGAN ZUHAIDA SECARA PERCUMA?



Assalamualaikum...

Selamat malam. Sebelum tidur dan semperna bulan Syaaban ni Zue nak menghadiahkan buku karya titik peluh sendiri dengan kerjasama Kak Ct Dimiati dari Majalah Aroma. 

Alhamdulillah... Setelah menunggu hampir setahun akhirnya berbaloi juga pernantian ini. Ingatkan projek menerbitkan buku ni tak berkesampaian tapi berkat kegigihan Kak Ct Dimiati, alhamdulillah terbitnya buku AIR TANGAN ZUHAIDA.

Dalam AIR TANGAN ZUHAIDA ini, terdapat pelbagai resepi untuk dicuba. Daripada yang senang dan agak sedikit rumit. Hasil terbitan buku ini adalah sumber daripada resepi kawan-kawan blogger yang Zue sendiri mencubanya selain daripada resepi yang Zue reka sendiri. Terima Kasih buat sahabat blogger yang tidak kedekut ilmu untuk sharekan resepi masing-masing dan alhamdulillah bila Zue mencubanya, Zue membukukan resepi tersebut untuk koleksi.

Disini Zue nak hadiahkan pada pembaca blogger Zue seramai 5 orang dengan menjawab soalan-soalan yang akan dikemukakan nanti dan syarat-syarat tersendiri. Yang pasti salah satu syaratnya adalah follower untuk 2 blog Zue iaitu blog YUMMY YUMMY DELICIOUS dan ACI ACI BUKA PINTU, FB ZUHAIDA EL RAZAK dan IG Zue. Syarat-syarat lain akan Zue beritahu kemudiannya. Pastikan sentiasa mengikuti perkembangan semasa di dalam media sosial Zue.

Tak sabar?... Tunggu yer.. ASSOBRUL MINAL IMAN...

Friday, June 13

PASTRY APPLE PAI



Assalamualaikum...

Selamat malam. Sebelum melelapkan mata zue nak share satu pastry iaitu APPLE PAI. Kebiasaan zue buat pastry sendiri yang ala-ala shell tat tapi kali ni Zue buat versi pastry (lebihan magarine pastry yang beli hari tu). Untuk resepi pastry yang dibuat sendiri sila rujuk DI SINI. Ternyata gabungan pastry pai apple ni lagi sedap berbanding pai apple yang biasa. 

Kebetulan masa zue duduk rumah mak sedara suatu masa dulu, mak sedara belikan pai apple di Cameron Highland. Rasanya amat berbeza dengan pai yang biasa. Sangat-sangat sedap. Sekarang zue cuba pelbagai versi pai apple mesti tak sama dengan yang beli hari tu. Dan akhirnya zue dapat jugak buat resepi seakan-akan pai apple tu.

Bagi zue kesedapan pai apple adalah gabungan antara pastry dan inti pai tersebut dan bukan hanya inti atau puff atau pastry semata-mata tau. Jom try resepi sedap ni.



Fillingnya:

6 biji epal hijau muda (granny smith) dibuang kulit, empulur dan hiris. (boleh didadu)
3/4 cawan gula perang
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/4 sudu teh serbuk buah pala 
2 sb mentega
sedikit garam
segengam buah kismis

Caranya

  • tumiskan mentega 
  • masukkan gula perang dan serbuk kayu manis serta buah pala dan secubit garam
  • Masukkan epal dan buah kismis
  • Gaul rata.
  • Ketepikan.

Cara untuk buat apple pai dan pastry

  • Ambil pastry canai dan kelar memanjang.
  • susun dalam loyang bulat
  • masukkan apple yg dimasak td
  • tutup pai menggunakan pastry yg lebihan td
  • sapukan telur kuning pada pastry bhg atas
  • sedia dibakar 200c selama 20 hingga 25 minit atau sehingga masak

Thursday, May 29

QUICHE AYAM CENDAWAN



Assalamualaikum..

Selamat bercuti buat adik-adik yang cuti sekolah tu. Buat mak ayah pulak mesti dah ada planning nak bawa anak-anak berjalan-jalan. Zue tak delah plan nak bawa anak-anak ke mana-mana cuma plan nak balik kampung sebab ada kenduri sepupu di Terengganu. Apa-apa pun kena jugak balik Terengganu tapi kira 2 in 1 balik kenduri sekali balik bercuti. 

Buat ibu yang tak bawa anak-anak kemana tu mesti seronok nak masak untuk anak. Almaklum ramai anak balik ibu pun berhempas pulas masak masakan kesukaan anak-anak. Untung kalau anak ramai boleh tengok karektor anak setiap sorang. Kalau anak perempuan ramai boleh share ilmu masakan kat dapur. Anak zue kecil lagi tapi dah tunjuk minat nak masak. Even masak maggi pun zue tak bagi lagi. Ishh... Tak berani kalau pandai-pandai main api kat dapur untuk harapkan anak masak sebab dah tengok pengalaman orang anak kena air panas.



Berbalik pada resepi hari ni. Hari tu zue silap beli margarin pastry. Dalam kepala duk fikir margarine ni pastry yang dah siap buat just kita bakar je. Beli kat BWY dengan harga rm6. Kira murah sangat berbanding bli pastry jenama kawan kat luar tu mahal dan sedikit. Yang kat BWY dah lah murah, besar pulak tu. Mulalah duk fikir boleh buat apple pai.

Balik rumah, potong suku margarin pastry tu, buh tepung gandum konon-konon nak uli tapi lembik. Ishh... tak boleh jadi terus goole dalam tenet marjarin pastry. Jumpa dalam blog TIFFIN BIRU. Ermm... rupa-rupanya kena buat sendiri pastry tu. Marjarin pastry ni sebagai doh untuk melengkapkan lagi puff pastry terbentuk.

Tak pe... belajar dari kesilapan. Sekurang-kurangnya dah dapat lagi satu ilmu. Alhamdulillah.... 



QUICHE AYAM CENDAWAN


Intinya:

1 mangkuk isi ayam/ ayam cincang

2 biji kentang (potong dadu kecil)
Kacang ABC
1 tin cendawan butang (hiris memanjang)
3 tangkai daun sup (dicincang kasar)
1 cawan susu segar  (optional)
2 sudu besar mentega
1 biji bawang besar holand (didadu)
sedikit serbuk lada putih dan hitam
1 sudu besar oregano (optional)
1 sudu serbuk lada hitam (optional)
2 sudu sos tiram
2 sudu besar tepung jagung di bancuh dengan air
garam dan gula secukupnya



Filling/ Toping

4 biji telur

Secubit garam dan serbuk lada sulah 
1/2 cawan susu segar
3 sudu besar tepung gandum                          
Keju mozarella/ cheddar/ parmesan (parut atau potong kecil)
Satukan semua kecuali keju parut. 
Kacau dengan whisk hingga sebati



Cara Membuatnya:


Untuk inti

  • Masukkan mentega, tumis bawang besar hingga layu.
  • Masukkan isi ayam. Biar separa masak. kemudian masukkan semua perasa, sos tiram, garam gula, serbuk lada, oregano. 
  • Masukkan susu segar dan kentang serta lobak merah. Sederhanakan api, tutup kuali hingga kentang dan lobak merah hampir empuk.(Kalau tak nak lemak sangat tak payah letak susu segar, just letak  air sikit)
  • Kemudian masukkan cendawan butang, daun sup dan bancuhan tepung jagung. 
  • Kacau sebentar supaya ianya pekat dan melekat sesama sendiri. 
  • Jangan berkuah sangat, nanti pastri akan pecah dan tak rangup bila kita letak inti. 
  • Tutupkan api. 
  • Biarkan ianya betul-betul sejuk. (Saya letak dalam peti ais dulu)
  • Kalau acuan besar, bakar dulu 15 minit kulit quiche tu. Kalau acuan kecil boleh terus letak inti (pastikan dah sejuk).
  • Penuhkan dengan inti kemudian curahkan filling memenuhi ruang-ruang kosong. Taburkan keju diatasnya. Bakar hingga keperangan. Dalam 30 minit.


    PUFF PASTRY
    Sumber: Tiffin Biru



    BAHAN-BAHAN UNTUK PASTRY PUFF :
    400 g tepung gandum 
    1/8 camca teh garam 
    50 g mentega 
    220 ml air 
    300 g majerin pastry (yang ni boleh beli kat kedai jual bahan2 baking) 
    Sedikit tepung untuk ditabur



      Caranya :
      • Dalam bekas, satukan tepung gandum, garam dan mentega, gaul rata. 
      • Tuang air sedikit demi sedikit sambil menggaul hingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk, jika air habis dan doh sedikit melekit, tabur sedikit tepung. 
      • Rehatkan doh 15 minit.
      • Ambil doh tadi, tabur tepung pada permukaan meja kerja dan juga alat pencanai. Canai doh tadi sehingga mendapat bentuk seakan2 huruf "T"
      • Letak kan majerin pastry ditengah2 dan bungkus kemas2. Mulakan dari bahagian kanan dan kiri, kemudian bahagian atas dan bawah. Tabur sedikit tepung dan terbalikkan doh.



      • Canai doh sehingga mencapai ketebalan 0.5 cm, canai berhati2 dan jangan tekan kuat sangat masa mencanai, nanti majerin pastry terkeluar.
      • Lepas tu macam kain kiri ke kanan dan kanan ke kiri sehingga membentuk 4 segi (lipat buku). 
      • Kemaskan dan rehatkan 15 minit.
      • Kemudian pusing kan lipatan tadi 90 darjah (bahagian berlipat yang tadi di depan, pusingkan ke tepi). 
      • Canai perlahan2 sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm juga, dan buat lipatan yang sama. Rehatkan lagi 15 minit.
      • Ulangi proses mencanai dan melipat sebanyak 2 kali lagi dan rehatkan 15 minit setiap kali selesai proses melipat. 
      • Buat hingga siap.


      • Akhir sekali, canai doh tadi sehingga mendapat ketebalan 0.5 cm, kemaskan dan jika besar boleh kerat 2.
      • Masukkan dalam plastik dan simpan dalam freezer untuk kegunaan kemudian.
      • Untuk kegunaa Quiche ayam cendawan, terapkan dendan acuan yang sesuai untuk membentuk pastry puff bagi quiche ayam contoh seperti gambar di atas.

      Thursday, May 22

      NASI LEMAK PANDAN



      Assalamualaikum..

      Dah masuk tengahari baru sempat upload resepi NASI LEMAK PANDAN. Kadang-kadang seronok jugak mencuba resepi yang lain daripada resepi asal ni. Biasa makan nasi lemak biasa kaler putih kali ni try sedikit kelainan dengan lebihkan air pandan dan warna hijau. Baunya Ya Allah.. wangi satu rumah. Errmm.... Untuk hiasan zue suka makan bersama telur puyuh, bilis dan timun. Jom cuba. 



      NASI LEMAK PANDAN
      sumber : Kak Yah

      3 cawan beras
      2 1/2 cawan santan
      4 helai daun pandan (blender dengan 1/2 cawan air dan ditapis)
      2 ulas bawang merah (dimayang)
      2 inci halia (hiris nipis) 
      Gula dan garam 
      Setitik pewarna hijau

      Caranya:
      • Basuh beras dan toskan dan masukkan santan.
      • Masukkan santan, bawang, halia, gula, garam dan pewarna hijau ke dalam rice cooker.
      • On kan dan sedia dimasak sehingga masak
      • Gemburkan dengan menggunakan garfu untuk elakkan daripada beras tersebut hancur.


      Sambal Bilis

      Secawan ikan bilis 
      6 ulas bawang merah 
      2 ulas bawang putih 
      sedikit halia 
      1 keping gula melaka 
      sedikit belacan 
      5 sudu besar cili giling 
      sedikit santan 
      gula dan garam 
      3 sudu besar air asam jawa 




      Caranya:
      • Blender bawang merah, bawang putih dan halia dengan sedikit air.
      • Tumis bahan blender dengan minyak masak.
      • Masukkan cili giling dan belacan. 
      • Kacau hingga naik wangi.
      • Masukkan air asam jawa, gula melaka, sedikit gula dan garam dan masukkan ikan bilis. 
      • Kemudian masukkan sedikit santan dan pastikan sambal bilis kita naik minyak barulah ditutup apinya.

      Tuesday, May 20

      NASI BERIANI ARAB (NASI AYAM HADRAMAUT)


      Assalamualaikum...

      Selamat Tengahari. Makan apa untuk lunch hari ni. Zue nak share resepi yang zue ambil daripada FB kak Lydia honey. Nasi ni dah buat dalam sebulan lepas tapi tak de berkesempatan untuk masukkan dalam blog lagi. Hari ni Zue sharekan resepi ni. 

      NASI BERIANI ARAB atau lebih dikenali dengan nasi ayam hadramaut sangat sedap. Ikut resepi asal kak Lydia ni dia letak banyak serbuk arabic antaranya seperti mix spice, cumin, ginger, cardamon dan nutmeg tapi zue tak letak memandangkan takde serbuk tersebut kat dalam rumah. Untuk resepi asal sila layari laman web beliau.




      NASI BERIANI AYAM (NASI AYAM HADRAMAUT)

      Bahan untuk merebus ayam
      1/2 ekor ayam ~ potong 
      1-2 helai daun bay 
      1/4 camt kayu manis powder 
      2 kuntum bunga cengkih 
      secubit serbuk lada hitam 
      1 biji tomato yang ranum- dibelah 4 
      1 labu bawang besar - didadu kecil 
      garam secukup rasa 
      air secukupnya untuk merebus ayam

      Caranya:

      • Masukkan ayam dalam periuk bersama kesemua bahan di atas kecuali garam. 
      • Rebuslah hingga ayam empuk lebih kurang 30 minit. 
      • Masukkan garam pada 15 minit terakhir.
      • Asingkan ayam dari kuah/stock, tapis air/kuahnya. 

      Bahan untuk memasak nasi

      1 helai daun bay* 
      1 batang kulit kayu manis* 
      2 kuntum bunga cengkih* 
      1/4 camt serbuk lada hitam* 
      1 labu bawang besar - didadu kecil 
      1 biji lada hijau - belah 2* 
      garam secukup rasa 
      4 camb cawan minyak masak 
      11/2 cawan beras basmati 
      21/2 cawan air/air rebusan- (1cwn beras=11/2-2 cawan air bergantung jenis beras) 

      Caranya:

      • Tumiskan bahan bertanda* sehingga naik baunya. 
      • Masukkan beras dan goreng sebati dengan rempah ratus tersebut dalam 2-3 minit. 
      • Kemudian masukkan air rebusan ayam tadi. 
      • Masukkan garam secukupnya bersama sedikit saja pewarna kuning. 
      • Kacau sedikit dan biarkan hingga mendidih dengan api yang paling besar dan tutupkan dengan penutup periuk. 
      • Bila air hampir kering masukkan sedikit lagi pewarna merah+kuning bersama sedikit air panas dalam 1/4 cawan air (dicampur bersama baru tuang atas nasi) tadi di tengah- tengah periuk dan perlahankan api. 
      • Tanak seperti biasa hingga nasik benar benar masak. 
      • Bila nasi dah masak tutupkan api dan biarkan selama 5 minit dan gemburkan sedikit dengan garfu. 


      Ayam 

      1 biji bawang besar-didadu kasar
      2 ulas bawang putih-dicincang halus
      2 camb minyak masak
      2 biji tomato fresh-didadu kasar
      1-2 biji cili hijau
      2 camb tomato paste
      1 batang kulit kayu manis 
      1/4 camt serbuk lada hitam *
      1/4 camt kunyit powder* ~ dicampur bersama, sikit air dan gaul sebati
      Sedikit air rebusan ayam~ikut suka nak banyak mana kuah 
      garam secukup rasa .

      Caranya:

      • Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang besar hingga naik bau.
      • Masukkan bawang putih, biarkan hingga naik bau dan masukkan rempah* (yg dicampur bersama), cili dan kulit kayu manis. 
      • Kacau hingga naik bau wangi rempah ratus.
      • Masukkan fresh tomato, hingga tomato layu dan gorengkan sebentar hingga sedikit layu dan masukkan tomato paste, masakkan sehingga sedikit kering dan masukkan ayam, kacau hingga ayam bergaul rata dengan tomato dan tambahkan sedikit air biarkan sebentar hingga kuah pekat.
      • Tutupkan api dan dan hidangkan dengan nasi.


       

      Designed By Izza sakura