Thursday, June 30

ORIGINAL APAM YOGURT






Mesti UOLS kata.. blog dia ni asyik ada Apam yogurt jer.. cam tak der resepi lain nak entry...Actually zue ni peminat setia jenis-jenis apam ni..apam mekar, apam yogurt dan apam polkadot. Nak buatnyer mudah dan kosnyer pun murah. Tu yang suka benor nak enterframe jenis-jenis apam ni.. Hehehee..



Kebetulan ari ni ada makan-makan kat opis. Opis zue ni ramai orangnyer.. 40 orang.. Pot luk katakan.. Benda yang paling mudah nak buat apam lah.. Lagipun boleh gak memahirkan diri dalam 'mencantekkan' dan memperbaiki kualiti dalam bidang 'pengapaman'  ni.. Next time bila ada oder yang banyak tak lah terkejut nak buat.. Kekadang tangan kita ni hari menjadi..jadi jugak..bila time tak jadi tu..issshhh.. geram betul!! Rasa nak baling jer dalam 'Cik Tong'.. 


Tapi bila buat 'menjadi' cantekk..rasa cam betul-betul puas hati...Actually bagi zue buat kek atau jenis-jenis kek ni adalah satu terapi..bila rasa tension balik opis ngan keja melambak..rumah bersepah..anak-anak duk bergaduh..terus buat kuih/kek..rasa cam 'layan' jer perasaan sorang-sorang ngan kuih/kek kat dapur.. lega rasanya bila menjadi..Tapi ada orang tanya zue.. tak letih ke.. dah lah keja balik dekat magrib..(travel dari kl ke puchong dalam 1 jam) pastu balik lak nak 'mengekek'.. Letih tu memang letih tapi rasa berbaloi biarpun tido sampai kul 1 pagi.. semata-mata nak buat kuih/kek..Puas sangat-sangat..



Melalut lak zue ni.. entry kali ni nak cerita pasal apam yogurt.. resepi asal.. selama ni duk tokok tambah dengan macam-macam untuk rasa kelainan apam ni.. kali ni zue buat original apam yogurt yang mudah sangat-sangat.


Thanks tu ownernyer yang mereka apam yogurt ni.. 




  • 1/3 cawan gula castor  
  • 1 sdt ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt double action baking powder
  • 1 titik pewarna merah/perisa sirap
  • 1 titik pewarna hijau/perisa pandan
  • 1 titik pewarna kuning/perisa jagung

Cara-caranya :




  • Masukkan kesemua bahan di atas dalam mixer kecuali pewarna.
  • Pukul sampai adunan menjadi putih dan gebu dengan menggunakan high speed
  • Buatkan 4 bahagian dalam mangkuk yang berbeza.  
  • Warnakan 4 bahagian dengan 3 pewarna kecuali 1 untuk warna asal (putih)
  • Pipekan warna putih ke dalam cup disebelah kanan dan sebelah kiri pewarna merah/kuning/hijau (sebelah menyebelah)
  • Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi.Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
  • Pastikan tiada air bertitik dari tudung kukusan untuk hasil yang mekar..

Tuesday, June 28

DONUT BALL

Teruja bila jenguk donut ball dari dapur Dayang Jack. Memandangkan hari ni hari minggu so pagi-pagi terfikir nak buatkan donut ball ni..harap-harap jadi gebu dan sodap. Bila siap alhamdulillah memang gebuss..dan sedap. dapat rasa ada sedikit manis-manis berlemak susu. Anak-anak zue pun memang suka. Saja zue simpankan sebiji sehingga petang untuk eksperiment ketahanan kelembuatannya sampai ke petang.. memang lembutnya sampai ke petang.. betul-betul puas hati..

Tapi kena pandai main api memandangkan donut ni tak boleh buka api kuat sangat..nanti hangit lak..


Resepinya:-


Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2  1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+) - zue guna susu tepung anak 5 scop untuk 1/3 cwn air
  • gula saduran - guna gula aising
  • **(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)


Cara-caranya :
  1. Mixerkan semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas lain, ayakkan tepung gandum dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah mixer tadi termasuk yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

Saturday, June 25

APAM LADYBIRD yang sangat comel..



Teruja tengok kawan-kawan KR buat apam ladybird.. so qute..apa lagi..zue pun try ler.. tak de lah susah sangat. Tapi kena ada sedikit ketelitian memandangkan cara nak melukisnya agak cerewet tapi bila menjadi memang puas hati sangat-sangat. Actually ni resepi apam polkadot yang glamer sangat-sangat tu.. tapi tak delah buat dot..dot..yang kaler-kaler tu.. tapi buat dot dot hitam atas badan  ladybird gitu.. 

Bahan-bahannya - (50 biji saiz medium)

3 biji telur - dari peti sejuk 
(Gred A)
250 gm tepung gandum
180 gm gula halus
150 ml susu segar/susu cair/susu tepung 5 scoop +150 air kosong
3 sudu teh baiking powder
1 sudu teh ovalette

untuk filling
blueberry/strawberry/kiwi/coklat
/apa-apa ikit citarasa

pewarna yang digunakan
plain, hitam, merah dan kuning
*ikut citarasa 




Cara-caranya:-
  • masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang..zue akan blend jer..mudahkan kerja
  • bahagikan adunan kepada empat bahagian, kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  • masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  • letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  • Last skali gunakan warna hitam untuk lukiskan kepala ladybird dengan lukiskan suku daripada hujung apam tersebut dan gariskan tengah. 
  • Dot dotkan badannya. Untuk mata dotkan dulu pewarna putih dan dalam warna putih dotkan sedikit warna hitam kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.


    Wednesday, June 22

    APAM PISANG STEAM BATH



    Resepi ni diolah daripada resepi APAM YOGURT WITH FRUIT DRAGON aka APAM YOGURT tempohari. Sedikit kelainan zue buatkan dengan tukar YOGURT dengan pisang..yang lain resepinya sama. Rasanya pun lembut sama dengan rasa apam yougurt.. Lembut, gebu dan sedap sangat-sangat..


    Actually pisang yang kak Intan bagi tempohari still elok tersimpan dalam freeze.. kek pisang berwalnut dah buat.. ingat nak buat muffin pisang.. tapi teringin buat lagi apam yogurt yang sedap tempohari.. so apa lagi.. zue buat ler resepi baru yang diadaptasikan daripada resepi lama apam yogurt..sangat puas hati.. sedap betul..


    Resepinyer:-

    1/2 setengah cawan gula castor 1 sk ovallete


    2 cawan tepung gandum


    1/2 cawan pisang dilecek + susu cair (zue guna susu cair )

    2 biji telur

    1/2 sk double acting baking powder
    2 sudu serbuk koko + 1sb perisa choc emalco



    Caranya:- 
    Masukkan kesemua bahan tadi (kecuali serbuk koko dan perisa choc emalco) bersama-sama ke dalam satu bekas dan pukul sehingga sebati dan menjadi putih gebu. Ambil 1 cawan adunan asingkan dan masukkan serbuk koko dan perisa choc emalco tadi dan kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan 2 sudu besar adunan yang dipukul tadi ke dalam cup dan 1 sk adunan yang dicampurkan dengan serbuk koko tadi ke atas adunan kaler putih. Kukuskan selama 15-20 minit dengan api yang kuat.


    *boleh tukar double action baiking powder dengan air cream soda untuk lagi 'merekah'..

    Tuesday, June 21

    KEK PISANG BERWALNUT mix fruit AGAIN..


    Semalam jiran zue, kak intan bagi pisang abu.. tak tau nak buat apa.. kebetulan nak pergi rumah sepupu yang baru keluar hospital so..baik buat kek untuk buah tangan ke sana.. so gedebak gedebuk melenyek pisang, menimbang tepung, gula.. dan membakar kek pisang.. maka terhasil lah kek pisang yang memang sedap.. tq CMG ..betul-betul puas hati dengan resepi ni (kali ke2 buat)..

    Bawa ke rumah sepupu pun dia orang puji rasa sedap.. tak sama ngan kedai.. tapi kali ni zue buat sedikit kelainan dengan menambah mix fruits dalam kek ni.. nak bagi ada rasa kelainan ngan gigit sesuatu yang masam manis gitu.. nak resepinya?..jom jenguk kat SINI..


    Saja nak try memarblekan guna kaler merah tapi bila masak, kaler tu hilang entah ke mana... kaler merah agaknya tak sesuai untuk jenis kek pisang ni.. 'tak masuk kata orang..' kaler coklat gak yang sesuai untuk marblekannya macam yang zue buat ari tu..


    memang gebusss... lembut dan moist kek pisang ni.. agak wangi dan memang sedap..ni ada skit kaler merah yang tertinggal.. yang lain entah ke mana..

    campuran kekacang walnut dan mix fruits yang menyedapkan lagi kek ni.. memang sedap sangat-sangat.. ni tak termasuk lagi dalam kek ni..kaya dengan kekacang walnut dan mix fruits lagi..

    Sunday, June 19

    KEK KAREMEL BERLAPIS COKLAT



    Selamat Hari Bapa buat suamiku tersayang Mohd Nizam Bin Othman..Semperna hari ni zue buatkan kek karemel berlapis coklat.

    Biasa duk buat kek karemel biasa jer..kali ni tukar selera skit.. belangkan dengan coklat.. Emmmm..memang sedap.. lebih-lebih lagi bila makan sejuk-sejuk..(ambik dari peti ais)..try lah buat..

    Resepi ni zue godek dalam my resepi..mula-mula plan nak buat cheese kek.. tetiba tukar lak fikiran saat akhir..kat umah zue ni almaklumlah..Jenis cheese ni kureng skit nak laku tapi jenis karemel gini comform licin dalam sehari jer..

    Nak buatkan karemelnyer taklah susah bukan perlu pukul ngan mixer.. just guna sudu/pemukul tangan jer.. amat mudah.. cuma nak layer tu.. take timelah.. perlukan kesabaran skit.. tak pe janji sedap dan cantekk..
    Jom kita terjah resepinyer...

    Bahan:-
    (A)
    1 tin susu cair (*zue guna F&N )
    5 sudu besar gula
    3 biji telor gred A
    1 sudu kecil esen vanila


    (B)
    5 sudu besar gula
    3 biji telor gred A
    4 sudu besar serbuk koko/1 sudu kecil serbuk nescafe + 1 sudu kecil pes coklat

    (C)
    2 sudu besar gula - hanguskan atau boleh guna 2 sudu besar madu -guna madu


    Cara Membuatnya:-
    • Kacau bahan A dan bahan B dalam dua bekas berasingan. 
    • Tapiskan. 
    • Panaskan periuk kukusan, masukkan gula hangus atau madu dalam loyang 8 x 8 inci . 
    • Masukkan 1/2 cawan (*zue guna senduk nasi dalam 5 scop untuk 1 kaler) adunan bahan A dan kukus selama 5 minit atau sehingga masak. 
    • Bila dah masak, tuangkan pula sukatan yang sama bagi adunan B atas adunan A. 
    • Ulang A dan B berselang seli sehinga habis. 
    • Sejukkan dan terbalikkan ke dalam pinggan hidangan. 
    • Masukkan dalam peti ais dan sedia dipotong dan hidang.

    KEK CHOCOLATE MOIST chef zubaidah

    Semalam member order nak kek moist chocolate untuk besday anaknya yang ke 7 tahun. Zue biasa buat kek resepi munirah baharum dari KR tapi nak trylah pulak resepi dari chef zubaidah lepas tengok blog HaSue, Noorsha dan kak Azlita masam manis... katanya agak sedap so zue pun apa lagi..trylah buat..


    Ye lah keknyer betul-betul lembut, gebu dan paling utama ...moist sangat-sangat . betul-betul agak sedap. Zue saja kurangkan gula untuk kek tapi maniskan untuk topping kek ni. Dan try lak buat topping guna chocolate ganache.. memang sedap tapi still lagi tak reti nak mendeko guna choc ganache ni sebab biasa guna topping campuran serbuk koko, susu cair dan minyak.


    Actually zue buat apam polkadot ni atas permintaan member gak so zue hiaskan kat keliling kek ni untuk naik seri kek katakan... so tak perlu nak piping apa-apa kat tepi kek ni.. still comel..
                                     Sebelum di make up..


    Resepi Asal: Chef Zubaidah


    Bahan-bahan:


    * 100g Serbuk Koko*
    * 200g Gula pasir*
    * 1 tin Susu sejat*
    * 200g Minyak Masak Sayuran*
    * 250g Susu Pekat*
    * 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
    * 150g Tepung Gandum 
    * 1 st Soda Bikarbonat
    * 1st Baking Powder






    Cara-caranya:-

    1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
    2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering dan campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
    3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik atau di letakkan minyak/mentega. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
    4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.

    Penyediaan chocolate ganache:
    Bahan2:
    150g coklat masakan
    65ml whipping cream
    1 sudu teh mentega

    Caranya:
    Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
    Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.

    Wednesday, June 15

    CHOCOLATE CHIP AND WALNUTS COOKIES







    Ramadhan bakal datang lagi. Persiapan untuk buat biskut raya dah kena buat. Agak-agak tahun ni nak buat biskut apa? Kat sini zue nak share kan satu resepi chocolate chips daripada martha steward - ala-ala mat saleh gitu.. Agak sedap dan rangup macam choc chip kita gak cuma zue tambahkan kekacang untuk bagi lagi sedap.. 

    Prep: 10 minutes
    Total: 45 minutes, plus chilling

    Ingredients:

    Makes 24

    * 3 1/2 cups all-purpose flour (spooned and leveled)
    * 1 1/4 teaspoons baking soda
    * 1 1/4 teaspoons baking powder
    * 2 teaspoons coarse salt
    * 1 1/4 cups (2 1/2 sticks) unsalted butter, room temperature
    * 1 1/2 cups packed light-brown sugar
    * 1 cup granulated sugar
    * 2 large eggs
    * 1 1/2 teaspoons pure vanilla extract
    * 1 1/4 cups milk chocolate chips
    * 8 ounces semisweet chocolate, chopped 
    * 8 ounces almond/wanut or any nuts ( zue tambahkan)- chopped 



    Directions:

    1. In a bowl, whisk together flour, baking
    soda, baking powder, and salt.

    2. In a large bowl, using an electric mixer, beat butter and sugars on medium-high until light and
    fluffy, 6 minutes. Reduce speed to medium-low and beat in eggs, one at a time.
    Beat in vanilla. Mix in flour mixture just until incorporated; fold in chocolate chips and chunks.

    3. Using a 1/4-cup ice-cream scoop or a large spoon, drop dough onto a parchment-lined baking
    sheet (you should have 24) and refrigerate 1 hour.
    Preheat oven to 350 degrees, with racks in upper and lower thirds.
    Arrange 6 unbaked cookies, 3 inches apart, on each of two parchment-lined baking sheets.
    Bake until edges are light golden brown, 17 to 18 minutes, rotating sheets halfway through.
    Transfer cookies to a wire rack and let cool. Bake remaining dough using new parchment.


    These cookies are crispy at the edges, chewy in the center, and loaded with two kinds of chocolate. Feel free to add 2 cups chopped walnuts or pecans to the dough.
    (Recipe from www.marthastewart.com)

    Sunday, June 12

    NASI AYAM SIMPLE


    Semenjak 2 minggu cuti sekolah untuk weekend asyik ada kenduri jer..so malas lak nak masak. Tapi masuk je malam lapar lah budak-budak ni. kesian lak..So zue buat resepi simple jer..our kids peberet nasi ayam simple jer..

    Bahan-bahan ( 3-5 orang )
    Untuk rebus
    1/2 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya
    4 ulas bawang putih diketuk
     2cm halia yg diketuk
    1 kiub ayam knorr
    1 ikat sup bunjut
    bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis
    1 periuk besar air (agak-agak sendiri)

    Untuk perap
    1 sudu besar kicap pekat
    1 sudu besar sos tiram
    1cm halia
    2 ulas bawang putih
    sedikit kicap cair
    dan sedikit madu


    Untuk nasi
    5 cwn beras siam
    2 sudu besar minyak dan 2 sudu butter
    1 cm halia- ditumbuk
    4 ulas bawang putih -ditumbuk
    air rebusan ayam
    sedikit garam.





    Untuk sup
    gunakan lebihan air rebusan ayam bersama 1 biji bawang besar di tumbuk dan masukkan
    rempah sup bersama garam secukup rasa manakala daun sup dan daun bawang dihiris halus.

    Ayam dipotong ikut suka saiznya.dan bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan bersama 2sm halia yg diketuk dan sedikit madu. kemudian rebus sehingga empuk kemudian Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan selama 15-20min. Goreng hingga garing.

    Basuh beras dan toskan. Panaskan butter dan minyak, tumis buah pelaga, kayu manis, bunga lawang dan cengih bersama halia dan bawang putih sehingga garing. masukkan beras, bila sudah berbau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.


    Bahan sos lada(di blend)
    5 biji cili merah
    5 ulas bawang putih
    2cm halia
    1 sudu teh cuka, garam, gula (secukup rasa)
    1/2 cawan air rebusan ayam tadi


    Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)


    *Bahan-bahan untuk sos kicap
    lebihan air perap ayam tadi
    bawang putih
    gula
    kicap
    sos tiram
    lada jarum


    Campurkan kesemua bahan-bahan tadi. (bawang putih tumbuk asing dulu ) Dan untuk pedas tumbukkan lada jarum sedikit dan campurkan.

    Wednesday, June 8

    KEK PISANG BERWALNUT


    Semalam masih lagi berpuasa ganti pastu cam biasalah duk cari ilham nak berbuka makan apa. Tetiba terasa nak makan kek pisang walnut yang dah lama duk lekat resepinya kat peti ais. So dengan semangat berkobar-kobar, balik dari opis (beli tapau punya nasi untuk buka posa) pastu terus turun ke dapur. Duk fikir, elok-elok siap jer kek ni lepas buka posa leh sambung untuk dessertnyer.. kalau nak buat lepas buka posa takut penyakit MALAS dan tak larat datang. So terus zue adunkan adunannyer dan terus bakar..

    Rasa pisang bercampur kacang walnut emmm.. betul-betul crunchy kacang walnut bercampur kelembutan  kek dan kewangian pisang ni.. teramat sedap sangat-sangat.. dulu ingatkan kalau buat kek pisang ni rasa cam kat kedai (tak lah sedap sangat-sangat) ...tapi bila dah buat sendiri rasa nak buat lagi..lain lah rasa bila buat sendiri dan beli ni..selain kepuasan hasil 'jadi'nyer kek dari usaha tangan kita lainlah daripada yang beli..



    Ikut resepinya tak der marble-marble ni..actually zue yang reka sendiri... bila cantek dimata, hati terasa puas dan mulutpun teringin nak makan..Alhamdulillah..
    SUMBER: BLOG MAT GEBU


    Bahan-bahan:-



    250 g tepung gandum*

    1 camca teh soda bicarbonate*
    1/2 camca teh garam halus*(*digaul rata dan diayak)
    15 g ovallate
    150 g gula halus- zue kurangkan kepada 120gm
    5 biji telur gred A
    125 g mentega, dicairkan dan biar sejuk
    100 g minyak jagung
    225 g pisang emas + 1 camca teh vanilla, dilecek halus - zue guna pisang abu 
    sedikit walnut yg dipanggang
    sedikit kismis (hiasan-tabur atas kek)
    2 sudu besar serbuk koko + 2 sudu besar milo


    Caranya:-


    Firstly panaskan oven pada suhu 175c dan lanserkan loyang ngan mentega dan lecek pisang. Kemudian Putarkan gula bersama ovallate sehingga sebati dan masukkan telur kesemua dan putar pada kelajuan paling tinggi sehingga adunan naik dan pekat (seperti adunan baulu). Perlahankan speed dan masukkan pisang yang dilecek dan gaul sehingga rata. 


    Kemudian masukkan tepung yang berselang seli dengan mentega cair + minyak jagung tadi dan gaul sehingga rata. Bahagikan kepada 2 adunan. Satu adunan di campur dengan serbuk koko + milo + walnut cincang dan kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan 2 senduk  kaler plain ke tengah-tengah loyang dan diselang seli dengan kaler coklat 2 senduk. Ulang sehingga habis adunan. Lastly taburkan walnut dan buah kismis atas adunan tadi sebelum di bakar. Bakar pada 175c sehingga 55 - 60 minit atau hingga masak (mengikut oven masing2).


    *Uji kek dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika tak melekat tandanya kek dah masak. Biar kan kek sejuk sedikit, longgar2kan dari tin dan terbalikkan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dihidang....



     

    Designed By Izza sakura